[VIDEO] Laporan solat Jumaat diteruskan bertarikh 8 April palsu!

SHAH ALAM - Sinar Harian menafikan penularan tangkap layar artikel berhubung solat Jumaat tetap diteruskan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bertarikh 8 April.
Gambar tangkap layar laporan tersebut sebenarnya ialah tarikh yang terdapat pada laman web rasmi Sinar Harian.
Bagaimanapun, gambar itu disebarkan menerusi media sosial dan aplikasi WhatsApp seolah-olah ia adalah laporan berita yang baru diterbitkan.
Sebenarnya laporan tersebut adalah berita yang disiarkan pada 12 Mac lalu sebelum kerajaan mengeluarkan arahan PKP.
ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Solat Jumaat tetap diteruskan
Sehubungan itu, Sinar Harian berharap orang ramai tidak terkeliru dengan laporan sebenar dan gambar tangkap layar yang sengaja disebarkan itu.
Pernyebaran berita palsu ini adalah tidak bertanggungjawab dan berniat jahat.
Sementara itu, Sinar Harian meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat dan mengheret penyebar berita palsu ini ke muka pengadilan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Serangan siber: Negara perlu pendekatan proaktif - Anwar
07 November 2026 12:12amKerjasama syarikat perladangan, pekebun kecil sawit dibangkitkan di kabinet minggu depan - Anwar
06 November 2026 11:21pmKementerian Digital selaras lima agensi bangunkan AI tempatan
06 November 2026 10:24pmLuka diabetes berbeza luka biasa, rawatan awal elak amputasi
06 November 2026 10:16pmAGC tangguh sementara pelaksanaan tahanan rumah Najib
06 November 2026 06:16pm[VIDEO] Dua ADUN PN jumpa Tunku Nadzaruddin di Istana Serting
06 November 2026 05:37pmLelaki penggal kepala isteri akibat perselisihan rumah tangga
06 November 2026 08:29amRumah Najib di Jalan Langgak Duta diisytihar sebagai penjara
06 November 2026 09:57pm- Iklan -- Iklan -
